|
Apakah Objektif Audit ?
- Memastikan pengurusan berkualiti yang mematuhi peraturan, garis panduan, polisi serta dasar kerajaan.
- Memastikan semua operasi yang dijalankan mempunyai standard, manual prosedur kerja yang sistematik serta berkualiti.
- Mengesyorkan langkah-langkah bagi memperbaiki kelemahan pengurusan serta memberi cadangan untuk pembaikan.
- Menentukan keberkesanan sistem kawalan dalaman semua operasi.
Apakah Tugas Juruaudit Dalam ?
-
Memeriksa dan menilai semula setiap aktiviti pengurusan samada ianya mematuhi pekeliling.
-
Memastikan setiap objektif, polisi, perancangan, prosedur dan sistem kawalan dilakukan dengan sempurna.
-
Bertindak sebagai pemangkin kepada isu-isu yang kritikal bagi mencapai keberkesanan dan kecekapan yang berterusan.
-
Menyediakan laporan di Mesyuarat Jawatankuasa Audit tentang penilaian terhadap sistem kawalan dalaman.
Bagaimana Proses Kerja Pengauditan ?
-
Membuat perancangan dan penyediaan Program Audit Tahunan yang akan disahkan oleh Jawatankuasa Audit.
-
Memaklumkan atau membuat perjumpaan dengan pihak diaudit (Auditee) dalam Entrance Conference.
-
Menjalankan kerja-kerja pengauditan di Fakulti/Unit/Bahagian/Cawangan.
-
Draf laporan audit dikeluarkan dan dibincangkan dalam Exit Conference.
-
Pihak diaudit (Auditee) diberi tempoh 21 hari dari tarikh draf laporan audit dikeluarkan untuk memberi ulasan.
-
Laporan muktamad dihantar terus kepada pihak diaudit (Auditee) dan salinannya kepada Naib Canselor.
-
Pembentangan laporan audit di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Audit.
-
Pihak Audit akan membuat audit susulan terhadap laporan audit selepas 6 bulan dibentangkan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Audit (JKA).
Apakah Perbezaan Di antara Audit Dalam Dan Audit Luar ?
Audit Dalam
-
Ianya ditubuh berdasarkan kepada Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2/1979 dan pelaksanaan Audit Dalam berdasarkan kepada Surat Pekeliling Am Bil. 3/1998 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri.
-
Lapor kepada Jawatankuasa Audit (JKA) dari segi fungsi audit.
-
Skop auditan ialah pengurusan, kewangan, prestasi, teknologi maklumat dan audit khas.
-
Memastikan pengurusan yang berkesan dan cekap.
-
Staf Audit Dalam terdiri daripada staf UiTM.
-
Auditan berterusan dan tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan Sijil Audit.
-
Audit Dalam ditubuhkan dibawah kuasa pentadbiran dan bertanggungjawab kepada Naib Canselor.
Audit Luar
-
Ianya ditubuhkan dibawah Akta Audit 1957.
-
Lapor kepada Parlimen.
-
Skop auditan memberi tumpuan kepada penyata kewangan.
-
Memastikan ketetapan dan kesempurnaan laporan kewangan.
-
Staf Audit Luar terdiri daripada staf Jabatan Audit Negara.
-
Auditan pada hujung tahun dan mempunyai kuasa untuk mengeluarkan Sijil Audit.
-
Audit Luar ditetapkan oleh statut dan bertanggungjawab kepada Parlimen.
Apakah Audit Susulan ?
|
|
Last Updated on Thursday, 14 February 2013 12:38 |