Home Mengenai Kami Kod Etika Juruaudit Dalam
Kod Etika Juruaudit Dalam PDF Print E-mail


Kepercayaan dan Keyakinan


Juruaudit Dalam UiTM hendaklah meyakinkan semua pihak bahawa mereka boleh dipercayai dalam melaksanakan kewajipan pengauditan. Bagi maksud tersebut, Juruaudit Dalam UiTM mestilah mempunyai tahap integriti yang tinggi dan nilai-nilai kejujuran, keikhlasan dan keluhuran dalam semua urusan supaya penilaian dan pandangan audit diterima dan diyakini pada semua peringkat pengurusan.


Profesionalisma


Juruaudit Dalam UiTM adalah bertanggungjawab untuk mematuhi semua tingkahlaku profesional, mengekalkan piawaian pengauditan yang tinggi dalam merancang, melaksanakan tugas dan melaporkan penemuan audit. Juruaudit Dalam UiTM juga perlu peka dan mengikuti perkembangan serta perubahan semasa dalam piawaian pengauditan, perakaunan, pengurusan dan teknologi maklumat, bertujuan untuk meningkatkan tahap kompetensi berterusan dalam bidang pengauditan. Juruaudit Dalam UiTM juga hendaklah bebas, adil dan saksama dalam menjalankan kewajipan mereka tanpa ada unsur-unsur kepentingan peribadi serta pengaruh daripada pihak luar.


Kewibawaan


Juruaudit Dalam UiTM perlu ada inisiatif untuk sentiasa meningkatkan pengetahuan, kreativiti dan kemahiran bagi memastikan peningkatan berterusan dalam kualiti kerja.


Disiplin Diri


Tahap disiplin diri yang tinggi perlu ada kepada setiap JuruauditĀ  Dalam UiTM bagi mencerminkan keperibadian sebagai seorang yang profesional. Penerapan nilai-nilai murni pada diri dengan mengamalkan budaya bersyukur, bertanggungjawab, bersabar dan bersederhana serta menghindarkan diri daripada perilaku yang boleh menjejaskan imej dan nama baik profesion audit. Sebagai penjawat awam, Juruaudit Dalam UiTM hendaklah mematuhi arahan-arahan Kerajaan dan Pihak Berkuasa Universiti dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab supaya kewajipan ini dapat dilaksanakan dengan sempurna. Selain dari arahan-arahan khusus berkaitan pengauditan, arahan-arahan lain untuk penjawat awam seperti etika berpakaian, prosedur, protokol serta arahan-arahan pentadbiran hendaklah sentiasa dipatuhi. Juruaudit Dalam UiTM juga perlu mengaplikasikan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara apabila bergaul dan berurusan.


Kerahsiaan


Juraudit Dalam UiTM tidak boleh mendedahkan semua maklumat yang diperolehi hasil daripada pengauditan yang dijalankan kepada mana-mana pihak yang tidak berkaitan sama ada secara lisan atau bertulis kecuali atas arahan pihak berkuasa Universiti. Semua sumber maklumat yang diperolehi hendaklah dikendalikan dengan penuh kerahsian. Juruaudit Dalam UiTM mestilah bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan maklumat yang diperolehi dalam apa jua keadaan dan tidak dibenarkan sama sekali menggunakan maklumat-maklumat yang diperolehi untuk kepentingan peribadi ataupun demi kepentingan sesuatu pihak sahaja.


Tingkahlaku


Juruaudit Dalam UiTM mestilah mempunyai tahap disiplin yang tinggi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti menepati masa, melaksanakan tugas dengan sempurna, sentiasa merancang tugas yang hendak dilaksanakan dan berhemah dalam berkomunikasi sama ada secara lisan atau bertulis. Juruaudit Dalam UiTM adalah dilarang sama sekali daripada melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang bercanggah dengan peraturan Kerajaan dan boleh mendatangkan kesan negatif kepada Bahagian Audit Dalam, UiTM dan negara. Juruaudit Dalam UiTM mestilah menghormati semua kakitangan, pelanggan dan auditi serta pendapat dan keputusan mereka. Budi pekerti dan akhlak yang baik perlu sentiasa diterapkan ke dalam diri agar dapat dilihat pada setiap masa.


Urus Tadbir Yang Baik (Good Governance)


Pengauditan merupakan salah satu mekanisme bagi memastikan rangka kerja urus tadbir sesebuah organisasi berfungsi dengan baik. Untuk berperanan dengan lebih efektif, Juruaudit Dalam UiTM perlu mengamalkan urus tadbir yang baik dalam menjalankan tugas dan peka terhadap fungsi kawalan dalaman serta pengurusan risiko.
Last Updated on Monday, 20 January 2014 15:42
 

Random Image

articles1.jpg

Mini-calendar

July 2014 August 2014
Su Mo Tu We Th Fr Sa
Week 27 1 2 3 4 5
Week 28 6 7 8 9 10 11 12
Week 29 13 14 15 16 17 18 19
Week 30 20 21 22 23 24 25 26
Week 31 27 28 29 30 31

Visitors Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini231
mod_vvisit_counterAll411775

Digital Clock